Monday, February 3, 2014

Lindungi Diri Wanita dengan PRULady

PRUlady - Pengenalan

PRUlady menawarkan Manfaat Khas bagi Wanita yang melindungi wanita daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita serta peristiwa-peristiwa berkaitan wanita yang tidak terdapat di dalam pelan insuran biasa.




PRUlady - Ringkasan Manfaat dan Kelebihan
  1. Memberi perlindungan untuk wanita daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita seperti kanser payudara, uteri serviks, tiup falopia, dan ovari.
  2. Melindungi daripada komplikasi kehamilan seperti kehamilan Ektopik (luar uterus/rahim), kematian fetus dan kematian anak.
  3. Melindungi bayi yang dilahirkan daripada penyakit Kongenital Bayi seperti Sindrom Down, Spina Bifida (Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bersambung dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah) dan Kecacatan Atrium Septum (kecacatan jantung).
  4. Manfaat untuk Perkahwinan, Kelahiran Anak, Diberhenti Kerja, Perceraian dan Kematian Suami (max 2 peristiwa). Anda akan memperolehi 3% daripada had sepanjang hayat insuran PRUlady anda.
  5. Jaminan perlindungan sehingga umur anda 70 tahun.
  6. Premium bulanan serendah RM31.
  7. Jaminan Pulangan Wang - Jika tiada sebarang tuntutan dibuat sehingga tempoh matang, KESELURUHAN premium yang anda bayar akan dikembalikan semula. Namun jika terdapat tuntutan dibuat semasa tempoh polisi, jumlah wang yang akan dipulangkan adalah kesemua premium yang dibayar ditolak jumlah tuntutan yang dibuat. Konsepnya sama seperti anda menabung. Jadi, anda tidak akan rugi sesen pun.

Nak Buat Simpanan bersama Prudential? Ingin bersara awal?


PRUcash double reward - Pengenalan
PRUcash double reward menyediakan anda aliran pembayaran yang mantap sebelum matang. Bayaran tahunan terjamin membayar anda 3% daripada jumlah asas diinsuranskan dari akhir tahun pertama dan jumlah ini akan BERGANDA kepada 6% daripada jumlah asas diinsuranskan pada tahun polisi keenam. Anda juga akan menerima bonus tahunan tambahan yang tidak dijamin di samping menerima bayaran tahunan yang terjamin!
Bagaimana ia berfungsi?
Pertama sekali, tentukan berapakah jumlah wang yang anda inginkan selepas tempoh polisi tamat. RM10,000? RM50,000? RM100,000? Atau mungkin RM500,000? Anda tentukannya berdasarkan kemampuan anda menyimpan dalam sebulan. Jumlah ini akan dibayar oleh Prudential selepas polisi anda matang (pilihan tempoh matang diantara 15, 20, 25, 30, 35 atau 40 tahun).
Katakan setelah anda menghitung kemampuan anda menyimpan, anda memilih RM20,000 sebagai jumlah wang yang anda inginkan setelah tempoh polisi matang (anda memilih 20 tahun untuk polisi matang). Jumlah RM20,00 ini memerlukan anda membayar RM656.41 sebulan selama 5 tahun. Jadi premium yang anda bayar ialah RM656.41 x 12 bulan x 5 tahun. = RM39,384.60

Monday, January 6, 2014

36 Jenis Penyakit Kritikal

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Disini saya senaraikan 36 Jenis penyakit kritikal yang dilindungi di bwah skim insurans dan takaful.

Ini menjadikan polisi anda akan menjadi 'waived' (iaitu sumbangan dikecualikan).Polisi akan ditanggung sumbangan sepenuhnya oleh Prudential.



PENYAKIT KRITIKAL bermaksud mana-mana daripada penyakit berikut seperti yang ditakrifkan secara berasingan di bawah ini yang berlaku lebih daripada enam puluh (60) hari selepas Tarikh Polisi seperti yang ditetapkan dalam jadual atau tarikh sebarang penguatkuasaan semula manfaat-manfaat yang diperolehi di bawah Polisi ini atau tarikh pengeluaran Lampiran yang mana terkini.

1- SERANGAN PENYAKIT JANTUNG
2- PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN
3- STROK
4- KANSER
5- KEGAGALAN GINJAL (BUAH PINGGANG)
6- PENYAKIT LUMPUH/PARAPLEGIA
7- PEMINDAHAN ORGAN UTAMA
8- SKLEROSIS PELBAGAI / BERBILANG
9- HEPATITIS VIRUS FULMINAN
10- HIPERTENSI ARTERI PULMONARI UTAMA
11- KOMA
12- BUTA
13- PENGGANTIAN INJAP JANTUNG
14- PEMBEDAHAN AORTA
15- PENYAKIT ALZHEIMER
16- HILANG PENDENGARAN / PEKAK
17- HILANG KEBOLEHAN BERTUTUR (BISU)
18- KEBAKARAN PARAH
19- PENYAKIT MEMBAWA MAUT
20- AIDS AKIBAT TRANSFUSI DARAH
21- PENYAKIT MOTOR NEURON
22- PENYAKIT PARKINSON
23- PENYAKIT HATI YANG KRONIK
24- PENYAKIT PEPARU YANG KRONIK
25- ANEMIA APLASTIK
26- DISTROFI OTOT
27- POLIOMIELITIS
28- MENINGITIS BAKTERIA
29- TUMOR OTAK BENIGNA
30- ENSEFALITIS
31- FULL BLOWN AIDS
32- LAIN-LAIN PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG SERIUS
33- PEMBEDAHAN OTAK
34- SINDROM APALIK
35- TRAUMA KEPALA UTAMA
36- KEHILANGAN TANGAN ATAU KAKI

Penerangan ringkas setiap penyakit kritikal
1. Serangan Penyakit Jantung.  Kematian sebahagian otot jantung (miokardium) akibat kekurangan bekalan darah dan terbukti secara :-  i. mengalami kesakitan dada biasa yang berpanjangan; dan  ii. perubahan baru dalam bacaan elektrokardiografi akibat serangan ini; dan  iii. peningkatan tahap enzim kardiak ( CPK-MB ) yang melebihi tahap normal makmal.  Diagnosis berdasarkan peningkatan ujian Troponim T sahaja tidak boleh diterima sebagai diagnosis suatu serangan penyakit jantung.  Angina juga dikecualikan secara khusus. 
2. Penyakit Arteri Koronari Yang memerlukan Pembedahan.
Merujuk kepada pembedahan pintasan koronari arteri sebenar melalui cara pembedahan thorakotomi untuk membetulkan atau merawat penyakit koronari arteri tetapi tidak termasuk angioplasty, lain-lain intra-arteri, prosedur lelubang kunci (keyhole) atau laser. 
3. Strok.  Ditakrifkan sebagai suatu kejadian atau kemalangan serebrovaskular yang menghasilkan sekueleneulogi bersifat kekal, berlanjutan selama tidak kurang dari enam (6) bulan. Takrif ini juga meliputi keadaan seperti Inflaksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi dari luaran rangka tengkorak. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan nyata yang dilihat dalam imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh pakar neurology.  Dikecualikan secara khusus adalah symptom cerebral akibat serangan iskemik perantara, sebarang kepincangan iskemik neurological boleh sembuh, iskemik vertebrobasilar, symptom cerebral akibat migraine,kecederaan cerebral hasil dari trauma atau penyakit hypoxia dan vascular yang memberi kesan pada mata atau saraf optic atau fungsi vestibule. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...