Monday, February 3, 2014

Lindungi Diri Wanita dengan PRULady

PRUlady - Pengenalan

PRUlady menawarkan Manfaat Khas bagi Wanita yang melindungi wanita daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita serta peristiwa-peristiwa berkaitan wanita yang tidak terdapat di dalam pelan insuran biasa.




PRUlady - Ringkasan Manfaat dan Kelebihan
  1. Memberi perlindungan untuk wanita daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita seperti kanser payudara, uteri serviks, tiup falopia, dan ovari.
  2. Melindungi daripada komplikasi kehamilan seperti kehamilan Ektopik (luar uterus/rahim), kematian fetus dan kematian anak.
  3. Melindungi bayi yang dilahirkan daripada penyakit Kongenital Bayi seperti Sindrom Down, Spina Bifida (Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bersambung dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah) dan Kecacatan Atrium Septum (kecacatan jantung).
  4. Manfaat untuk Perkahwinan, Kelahiran Anak, Diberhenti Kerja, Perceraian dan Kematian Suami (max 2 peristiwa). Anda akan memperolehi 3% daripada had sepanjang hayat insuran PRUlady anda.
  5. Jaminan perlindungan sehingga umur anda 70 tahun.
  6. Premium bulanan serendah RM31.
  7. Jaminan Pulangan Wang - Jika tiada sebarang tuntutan dibuat sehingga tempoh matang, KESELURUHAN premium yang anda bayar akan dikembalikan semula. Namun jika terdapat tuntutan dibuat semasa tempoh polisi, jumlah wang yang akan dipulangkan adalah kesemua premium yang dibayar ditolak jumlah tuntutan yang dibuat. Konsepnya sama seperti anda menabung. Jadi, anda tidak akan rugi sesen pun.

Nak Buat Simpanan bersama Prudential? Ingin bersara awal?


PRUcash double reward - Pengenalan
PRUcash double reward menyediakan anda aliran pembayaran yang mantap sebelum matang. Bayaran tahunan terjamin membayar anda 3% daripada jumlah asas diinsuranskan dari akhir tahun pertama dan jumlah ini akan BERGANDA kepada 6% daripada jumlah asas diinsuranskan pada tahun polisi keenam. Anda juga akan menerima bonus tahunan tambahan yang tidak dijamin di samping menerima bayaran tahunan yang terjamin!
Bagaimana ia berfungsi?
Pertama sekali, tentukan berapakah jumlah wang yang anda inginkan selepas tempoh polisi tamat. RM10,000? RM50,000? RM100,000? Atau mungkin RM500,000? Anda tentukannya berdasarkan kemampuan anda menyimpan dalam sebulan. Jumlah ini akan dibayar oleh Prudential selepas polisi anda matang (pilihan tempoh matang diantara 15, 20, 25, 30, 35 atau 40 tahun).
Katakan setelah anda menghitung kemampuan anda menyimpan, anda memilih RM20,000 sebagai jumlah wang yang anda inginkan setelah tempoh polisi matang (anda memilih 20 tahun untuk polisi matang). Jumlah RM20,00 ini memerlukan anda membayar RM656.41 sebulan selama 5 tahun. Jadi premium yang anda bayar ialah RM656.41 x 12 bulan x 5 tahun. = RM39,384.60

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...