Monday, February 3, 2014

Lindungi Diri Wanita dengan PRULady

PRUlady - Pengenalan

PRUlady menawarkan Manfaat Khas bagi Wanita yang melindungi wanita daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita serta peristiwa-peristiwa berkaitan wanita yang tidak terdapat di dalam pelan insuran biasa.




PRUlady - Ringkasan Manfaat dan Kelebihan
  1. Memberi perlindungan untuk wanita daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita seperti kanser payudara, uteri serviks, tiup falopia, dan ovari.
  2. Melindungi daripada komplikasi kehamilan seperti kehamilan Ektopik (luar uterus/rahim), kematian fetus dan kematian anak.
  3. Melindungi bayi yang dilahirkan daripada penyakit Kongenital Bayi seperti Sindrom Down, Spina Bifida (Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bersambung dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah) dan Kecacatan Atrium Septum (kecacatan jantung).
  4. Manfaat untuk Perkahwinan, Kelahiran Anak, Diberhenti Kerja, Perceraian dan Kematian Suami (max 2 peristiwa). Anda akan memperolehi 3% daripada had sepanjang hayat insuran PRUlady anda.
  5. Jaminan perlindungan sehingga umur anda 70 tahun.
  6. Premium bulanan serendah RM31.
  7. Jaminan Pulangan Wang - Jika tiada sebarang tuntutan dibuat sehingga tempoh matang, KESELURUHAN premium yang anda bayar akan dikembalikan semula. Namun jika terdapat tuntutan dibuat semasa tempoh polisi, jumlah wang yang akan dipulangkan adalah kesemua premium yang dibayar ditolak jumlah tuntutan yang dibuat. Konsepnya sama seperti anda menabung. Jadi, anda tidak akan rugi sesen pun.

Nak Buat Simpanan bersama Prudential? Ingin bersara awal?


PRUcash double reward - Pengenalan
PRUcash double reward menyediakan anda aliran pembayaran yang mantap sebelum matang. Bayaran tahunan terjamin membayar anda 3% daripada jumlah asas diinsuranskan dari akhir tahun pertama dan jumlah ini akan BERGANDA kepada 6% daripada jumlah asas diinsuranskan pada tahun polisi keenam. Anda juga akan menerima bonus tahunan tambahan yang tidak dijamin di samping menerima bayaran tahunan yang terjamin!
Bagaimana ia berfungsi?
Pertama sekali, tentukan berapakah jumlah wang yang anda inginkan selepas tempoh polisi tamat. RM10,000? RM50,000? RM100,000? Atau mungkin RM500,000? Anda tentukannya berdasarkan kemampuan anda menyimpan dalam sebulan. Jumlah ini akan dibayar oleh Prudential selepas polisi anda matang (pilihan tempoh matang diantara 15, 20, 25, 30, 35 atau 40 tahun).
Katakan setelah anda menghitung kemampuan anda menyimpan, anda memilih RM20,000 sebagai jumlah wang yang anda inginkan setelah tempoh polisi matang (anda memilih 20 tahun untuk polisi matang). Jumlah RM20,00 ini memerlukan anda membayar RM656.41 sebulan selama 5 tahun. Jadi premium yang anda bayar ialah RM656.41 x 12 bulan x 5 tahun. = RM39,384.60

Monday, January 6, 2014

36 Jenis Penyakit Kritikal

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Disini saya senaraikan 36 Jenis penyakit kritikal yang dilindungi di bwah skim insurans dan takaful.

Ini menjadikan polisi anda akan menjadi 'waived' (iaitu sumbangan dikecualikan).Polisi akan ditanggung sumbangan sepenuhnya oleh Prudential.



PENYAKIT KRITIKAL bermaksud mana-mana daripada penyakit berikut seperti yang ditakrifkan secara berasingan di bawah ini yang berlaku lebih daripada enam puluh (60) hari selepas Tarikh Polisi seperti yang ditetapkan dalam jadual atau tarikh sebarang penguatkuasaan semula manfaat-manfaat yang diperolehi di bawah Polisi ini atau tarikh pengeluaran Lampiran yang mana terkini.

1- SERANGAN PENYAKIT JANTUNG
2- PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN
3- STROK
4- KANSER
5- KEGAGALAN GINJAL (BUAH PINGGANG)
6- PENYAKIT LUMPUH/PARAPLEGIA
7- PEMINDAHAN ORGAN UTAMA
8- SKLEROSIS PELBAGAI / BERBILANG
9- HEPATITIS VIRUS FULMINAN
10- HIPERTENSI ARTERI PULMONARI UTAMA
11- KOMA
12- BUTA
13- PENGGANTIAN INJAP JANTUNG
14- PEMBEDAHAN AORTA
15- PENYAKIT ALZHEIMER
16- HILANG PENDENGARAN / PEKAK
17- HILANG KEBOLEHAN BERTUTUR (BISU)
18- KEBAKARAN PARAH
19- PENYAKIT MEMBAWA MAUT
20- AIDS AKIBAT TRANSFUSI DARAH
21- PENYAKIT MOTOR NEURON
22- PENYAKIT PARKINSON
23- PENYAKIT HATI YANG KRONIK
24- PENYAKIT PEPARU YANG KRONIK
25- ANEMIA APLASTIK
26- DISTROFI OTOT
27- POLIOMIELITIS
28- MENINGITIS BAKTERIA
29- TUMOR OTAK BENIGNA
30- ENSEFALITIS
31- FULL BLOWN AIDS
32- LAIN-LAIN PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG SERIUS
33- PEMBEDAHAN OTAK
34- SINDROM APALIK
35- TRAUMA KEPALA UTAMA
36- KEHILANGAN TANGAN ATAU KAKI

Penerangan ringkas setiap penyakit kritikal
1. Serangan Penyakit Jantung.  Kematian sebahagian otot jantung (miokardium) akibat kekurangan bekalan darah dan terbukti secara :-  i. mengalami kesakitan dada biasa yang berpanjangan; dan  ii. perubahan baru dalam bacaan elektrokardiografi akibat serangan ini; dan  iii. peningkatan tahap enzim kardiak ( CPK-MB ) yang melebihi tahap normal makmal.  Diagnosis berdasarkan peningkatan ujian Troponim T sahaja tidak boleh diterima sebagai diagnosis suatu serangan penyakit jantung.  Angina juga dikecualikan secara khusus. 
2. Penyakit Arteri Koronari Yang memerlukan Pembedahan.
Merujuk kepada pembedahan pintasan koronari arteri sebenar melalui cara pembedahan thorakotomi untuk membetulkan atau merawat penyakit koronari arteri tetapi tidak termasuk angioplasty, lain-lain intra-arteri, prosedur lelubang kunci (keyhole) atau laser. 
3. Strok.  Ditakrifkan sebagai suatu kejadian atau kemalangan serebrovaskular yang menghasilkan sekueleneulogi bersifat kekal, berlanjutan selama tidak kurang dari enam (6) bulan. Takrif ini juga meliputi keadaan seperti Inflaksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi dari luaran rangka tengkorak. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan nyata yang dilihat dalam imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh pakar neurology.  Dikecualikan secara khusus adalah symptom cerebral akibat serangan iskemik perantara, sebarang kepincangan iskemik neurological boleh sembuh, iskemik vertebrobasilar, symptom cerebral akibat migraine,kecederaan cerebral hasil dari trauma atau penyakit hypoxia dan vascular yang memberi kesan pada mata atau saraf optic atau fungsi vestibule. 

Thursday, November 21, 2013

PELAN TAKAFUL KELUARGA YANG KOMPREHENSIF 3 DALAM 1 - BEST SELLER!!!


KAMI MEMAHAMI KEHENDAK ANDA DALAM MERANCANG PERLINDUNGAN KELUARGA ANDA SECARA MENYELURUH.

KAMI MENAWARKAN PERLINDUNGAN+ PEMBIAYAAN PERUBATAN + SIMPANAN/PELABURAN DALAM SATU POLISI
 (3 DALAM 1)
1. MANFAAT PERLINDUNGAN


  • Pampasan kematian*
  • Hilang Upaya kekal ( TPD)*
  • Pampasan akibat kemalangan*
  • Pampasan 36 Penyakit Kritikal*
  • Elaun Harian kemasukan wad
  • Elaun Harian kemasukan ICu
  • Elaun Pembedahan
  • Elaun Tahunan Hilang Upaya Kekal*
  • Elaun Tahunan Penyakit Kritikal
  • Caruman akan disambung bayar oleh syarikat Prudential jika berlaku satu daripada tiga perkara di bawah:
            a. 36 Penyakit Kritikal*
            b. Hilang Upaya Kekal*
            c. Kematian*


Pelan Kad Perubatan HealthEnrich - TERBARU!!

HealthEnrich Melambangkan Keunikan Anda

HealthEnrich merupakan produk terbaru dari PruBSN Takaful.Kesihatan anda adalah satu anugerah dan anda seharusnya mempunyai pelan yang menepati keperluan perubatan anda. Di PruBSN, kami mahu anda menjalani kehidupan tanpa menjejaskan kesihatan anda. HealthEnrich direka untuk memastikan anda menerima rawatan perubatan yang tiada tandingan. Rasa yakin apabila anda menerima nasihat perubatan daripada pakar bertaraf dunia. Peroleh ketenangan sepanjang kehamilan dengan perlindungan komplikasi-komplikasi kehamilan yang eksklusif. Anda juga dapat menikmati keselesaan dan privasi melalui penginapan suite dengan pembantu perubatan khas yang memenuhi keperluan anda.Semua kelebihan ini dan lebih lagi khusus untuk melengkapi gaya hidup anda yang unik.

Pilihan Yang Terdapat Di Dalam HealthEnrich

1) HealthEnrich Vital
2) HealthEnrich Select
3) HealthEnrich Advanced
4) HealthEnrich Premier

Pelan PruBSN Takaful Ummah - Haji & Umrah




SIMPANAN + PERLINDUNGAN + PENUHI KEPERLUAN ROHANIAH DALAM SATU PELAN
Ramai di antara kita merancang perkara-perkara penting dalam kehidupan ini. Kita merancang untuk kehidupan yang baik dan kita turut merancang kesejahteraan untuk orang-orang yang kita sayangi. Dalam usaha mencapai kesejahteraan duniawi, sebagai umat Islam, kita seharusnya turut sama memastikan keperluan rohaniah dipenuhi. 

PruBSN Ummah adalah satu pelan unik yang akan membantu anda mencapai aspirasi anda untuk memenuhi kewajipan yang dituntut oleh agama. Ia bukan sahaja melindungi dan menyediakan anda simpanan pada masa depan, malah ia juga membantu anda sebagai seorang Muslim melalui ciri-ciri uniknya seperti Elaun Haji, Haji Badal, manfaat Takaful Berganda dan Penulisan Wasiat Islam.
Kini, PruBSN Ummah yang telah dinaik taraf menawarkan manfaat-manfaat pilihan tambahan seperti Double Takaful Plus, Ummah Saver dan rider-rider Contributor. Pelan ini juga ditawarkan untuk anak anda seawal umur 1 tahun. Ianya memberi anda pilihan untuk membantu meningkatkan simpanan anda dengan lebih cepat dan mendapat perlindungan yang lebih luas dan lebih baik untuk anda dan orang yang tersayang.

PruBSN Ummah. Satu pelan yang memberikan anda dan orang tersayang tumpuan dalam persiapan rohaniah – dunia dan akhirat.


Sepintas lalu apa yang PruBSN Ummah boleh tawarkan?

Rancang dan Tingkatkan Simpanan anda
• Peroleh bonus loyalti sebagai Elaun Haji.
• Tingkatkan simpanan anda melalui Ummah Saver.
• Rancanglah kegunaan simpanan anda untuk perjalanan ke tanah suci – sama ada untuk Haji atau
Umrah.


Dapatkan Perlindungan Meluas

• Dapatkan ketenangan jiwa melalui manfaat Khairat Kematian dan Haji Badal sebagai tambahan kepada perlindungan asas anda.
• Dapatkan manfaat Takaful Berganda semasa mengerjakan Haji dan Umrah yang pertama anda dan luaskan perlindungan untuk setiap perjalanan Haji atau Umrah dengan rider Double Takaful Plus.
• Tingkatkan perlindungan pelan anda untuk meliputi penyakit kritikal.
• Memastikan perlindungan berterusan dengan pelbagai rider Contributor.
• Kini anda boleh mulakan perancangan perjalanan rohaniah anak-anak anda seawal umur 1 tahun.


Penuhi Keperluan Rohaniah

• Menunaikan ibadah Haji anda melalui manfaat Haji Badal.
• Menjaga keperluan keluarga anda di rumah.
• Menguruskan harta pusaka anda sebaiknya melalui Penulisan Wasiat Islam.
PERBEZAAN MANFAAT ANDA MENYIMPAN DI BANK/TABUNG HAJI BERBANDING PRUBSN UMMAH


Fakta-Fakta Penting:
Perbelanjaan Haji yang Tinggi Perbelanjaan Haji di bawah Tabung Haji pada masa ini adalah RM9,880 manakala perbelanjaan Haji di bawah mana mana Agensi Pelancongan Haji memerlukan sekurang-kurangnya dua kali ganda jumlah tersebut. (Risalah rasmi Tabung Haji, 2010)

Nanti !! Kenal Dahulu Apa itu Insurans/Takaful Hayat




Apakah insurans hayat?

Dalam insurans hayat, sebilangan besar orang (dipanggil pemegang polisi) membayar sejumlah wang (premium) ke dalam suatu dana yang diurus oleh syarikat insurans. Apabila seseorang di dalam kumpulan itu ditimpa kesusahan, dia akan diberi sejumlah wang daripada dana tersebut untuk membantu meringankan kesusahannya.



Bagaimanakah saya membeli polisi insurans hayat?

Anda boleh memilih untuk membeli polisi insurans hayat daripada institusi kewangan seperti bank yang mempunyai urusan bankasurans dengan syarikat insurans, melalui broker insurans atau ejen insurans hayat.

Sekiranya anda membuat keputusan untuk membeli polisi insurans melalui ejen, sebelum berurusan dengan ejen, anda hendaklah berpuas hati dengan reputasi dan kelayakan ejen tersebut.

Semua ejen yang menjual insurans hayat adalah berdaftar dengan Persatuan Insurans Hayat Malaysia [Life Insurance Association of Malaysia (LIAM)], dan dimestikan lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Institut Insurans Malaysia. Apabila berurusan dengan ejen, pastikan anda meminta untuk melihat kad kuasa beliau yang dikeluarkan oleh LIAM.


Kontrak polisi

Apabila anda membeli polisi insurans hayat, wujud kontrak di antara anda dengan syarikat insurans. Anda bersetuju untuk membayar premium bagi tempoh tertentu dan, sebagai balasan, syarikat insurans akan membayar kepada penama atau estet anda sejumlah wang berikutan kematian anda.


Sekiranya anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal atau apa-apa situasi yang ditetapkan, bayaran akan dibuat kepada anda. Dalam kes hilang upaya menyeluruh dan kekal, wang itu biasanya dibayar secara ansuran.

Anda mestilah sentiasa membaca cetakan halus di dalam kontrak dan memahami had-had atau klausa pengecualiannya.


Pelepasan cukai pendapatan


Anda boleh menuntut pelepasan cukai terhadap premium yang anda bayar, tertakluk kepada terma dan syarat tertentu. Bagi polisi hayat biasa, amaun maksimum pelepasan ialah RM6,000 termasuk apa-apa sumbangan yang anda buat kepada skim manfaat persaraan yang diluluskan, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau skim-skim pencen yang lain. Bagi polisi perubatan atau pendidikan, pelepasan cukainya ialah RM3,000 setahun.




Apakah polisi yang patut saya beli?

Anda mestilah memilih jenis polisi yang paling sesuai dengan kedudukan diri anda. Sekiranya anda masih muda dan ingin memastikan pasangan dan anak anda akan terbela jika anda tiba-tiba meninggal dunia, insurans bertempoh adalah paling sesuai. Sekiranya anda telah berumur dan mempunyai keluarga yang lebih mantap, jenis premium tetap dan polisi yang mengumpul nilai tunai adalah lebih sesuai.

Anda hendaklah memahami skop perlindungan yang diberikan di bawah polisi, terma dan syarat serta kos perlindungan insurans yang berbagai. Anda juga harus mengetahui apa akan terjadi sekiranya anda ingin beralih daripada satu syarikat insurans kepada syarikat insurans yang lain, atau sekiranya anda ingin berpindah daripada satu jenis polisi kepada polisi lain.
Ejen Hafiz, Tolong Buatkan  Pelan Quotation Untuk Diri Dan Keluarga Saya
013 5224501


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...