Thursday, November 21, 2013

Pelan PruBSN Takaful Ummah - Haji & Umrah




SIMPANAN + PERLINDUNGAN + PENUHI KEPERLUAN ROHANIAH DALAM SATU PELAN
Ramai di antara kita merancang perkara-perkara penting dalam kehidupan ini. Kita merancang untuk kehidupan yang baik dan kita turut merancang kesejahteraan untuk orang-orang yang kita sayangi. Dalam usaha mencapai kesejahteraan duniawi, sebagai umat Islam, kita seharusnya turut sama memastikan keperluan rohaniah dipenuhi. 

PruBSN Ummah adalah satu pelan unik yang akan membantu anda mencapai aspirasi anda untuk memenuhi kewajipan yang dituntut oleh agama. Ia bukan sahaja melindungi dan menyediakan anda simpanan pada masa depan, malah ia juga membantu anda sebagai seorang Muslim melalui ciri-ciri uniknya seperti Elaun Haji, Haji Badal, manfaat Takaful Berganda dan Penulisan Wasiat Islam.
Kini, PruBSN Ummah yang telah dinaik taraf menawarkan manfaat-manfaat pilihan tambahan seperti Double Takaful Plus, Ummah Saver dan rider-rider Contributor. Pelan ini juga ditawarkan untuk anak anda seawal umur 1 tahun. Ianya memberi anda pilihan untuk membantu meningkatkan simpanan anda dengan lebih cepat dan mendapat perlindungan yang lebih luas dan lebih baik untuk anda dan orang yang tersayang.

PruBSN Ummah. Satu pelan yang memberikan anda dan orang tersayang tumpuan dalam persiapan rohaniah – dunia dan akhirat.


Sepintas lalu apa yang PruBSN Ummah boleh tawarkan?

Rancang dan Tingkatkan Simpanan anda
• Peroleh bonus loyalti sebagai Elaun Haji.
• Tingkatkan simpanan anda melalui Ummah Saver.
• Rancanglah kegunaan simpanan anda untuk perjalanan ke tanah suci – sama ada untuk Haji atau
Umrah.


Dapatkan Perlindungan Meluas

• Dapatkan ketenangan jiwa melalui manfaat Khairat Kematian dan Haji Badal sebagai tambahan kepada perlindungan asas anda.
• Dapatkan manfaat Takaful Berganda semasa mengerjakan Haji dan Umrah yang pertama anda dan luaskan perlindungan untuk setiap perjalanan Haji atau Umrah dengan rider Double Takaful Plus.
• Tingkatkan perlindungan pelan anda untuk meliputi penyakit kritikal.
• Memastikan perlindungan berterusan dengan pelbagai rider Contributor.
• Kini anda boleh mulakan perancangan perjalanan rohaniah anak-anak anda seawal umur 1 tahun.


Penuhi Keperluan Rohaniah

• Menunaikan ibadah Haji anda melalui manfaat Haji Badal.
• Menjaga keperluan keluarga anda di rumah.
• Menguruskan harta pusaka anda sebaiknya melalui Penulisan Wasiat Islam.
PERBEZAAN MANFAAT ANDA MENYIMPAN DI BANK/TABUNG HAJI BERBANDING PRUBSN UMMAH


Fakta-Fakta Penting:
Perbelanjaan Haji yang Tinggi Perbelanjaan Haji di bawah Tabung Haji pada masa ini adalah RM9,880 manakala perbelanjaan Haji di bawah mana mana Agensi Pelancongan Haji memerlukan sekurang-kurangnya dua kali ganda jumlah tersebut. (Risalah rasmi Tabung Haji, 2010)


Kepentingan Memiliki Wasiat
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Dilarang bagi seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu untuk diwasiatkan melengah-lengahkannya selama dua malam tanpa menulis wasiatnya dan disimpan tersedia bersamanya.” (Sahih Bukhari)

Statistik Kematian Akibat Penyakit Kritikal
60% daripada kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh kanser, penyakit berkaitan dengan jantung dan pernafasan. (WHO, 2009)

Manfaat-manfaat PruBSN Ummah

Bonus Loyalti
Ini adalah manfaat yang diberikan  kepada anda kerana menjadi pelanggan setia kami. Ia akan diberikan kepada anda setelah tempoh takaful anda tamat. Selain itu, bonus anda akan dibayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD) sebagai tambahan kepada manfaat-manfaat takaful anda yang lain.
Bagi memastikan ketenangan semasa anda menunaikan Haji, anda juga akan diberikan elaun Haji, yang merupakan sebahagian daripada bonus loyalti. Elaun ini adalah tambahan bagi menampung perbelanjaan anda. Anda juga boleh menggunakannya untuk memastikan keperluan kewangan keluarga anda di rumah dijaga semasa anda menunaikan kewajipan anda di Mekah.
Pengeluaran simpanan untuk Haji atau Umrah
Anda boleh mengeluarkan sebahagian daripada simpanan akaun anda sebagai tambahan untuk keperluan perjalanan Haji atau Umrah, tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
  • Pengeluaran hanya boleh dilakukan sekali untuk Umrah dan sekali untuk Haji sepanjang tempoh sijil.
  • Pengeluaran hanya boleh dibuat selepas tahun ke-5 tempoh sijil.
  • Setiap pengeluaran hendaklah sekurang-kurangnya bernilai RM500 dan tidak lebih 70% daripada baki akaun anda sebelum pengeluaran dibuat.
  • Baki akaun anda hendaklah bernilai sekurang-kurangnya RM2,000 selepas pengeluaran dilakukan.
Kematian dan Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD)
Selepas kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD), anda atau penama anda akan menerima nilai tunai yang setara dengan perlindungan anda iaitu, jumlah manfaat takaful.
Selain itu, keluarga anda akan menerima wang tunai tambahan RM2,000 sebagai manfaat khairat kematian selepas kematian anda yang boleh digunakan untuk perbelanjaan pengebumian dan yang berkaitan.
Gandakan manfaat Takaful anda semasa menunaikan Haji atau Umrah
Anda akan menerima perlindungan berganda iaitu jumlah manfaat takaful, sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD) semasa menunaikan Haji atau Umrah.
Badal Haji
Sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD) sebelum anda berpeluang menunaikan Haji, kami akan memastikan kewajipan Haji anda ditunaikan dengan membayar penama yang dilantik oleh anda atau pihak ketiga sebanyak RM3,000 (percuma) untuk menunaikan Badal Haji untuk anda.
Manfaat penyakit kritikal
Kami akan memberikan sebahagian daripada jumlah perlindungan asas anda sebagai bantuan kewangan sekiranya anda dikenalpasti menghidap penyakit kritikal yang dilindungi
Tambahan lagi, kami juga akan memastikan bahawa perlindungan dan simpanan anda dalam plan ini akan berterusan kerana sumbangan takaful akan dibayar secara berterusan untuk anda.
Perlindungan ini adalah satu pilihan sumbangan tambahan bagi plan ini.

Penulisan wasiat Islam
Kami akan mengaturkan untuk anda perkhidmatan Penulisan Wasiat Islam yang diuruskan oleh Amanah Raya Berhad. Perkhidmatan ini adalah satu pilihan.
Berapakah yang perlu saya sumbangkan untuk Plan ini?
Sumbangan bulanan minimum adalah RM50. Walau bagaimanapun, sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada berikut:
  • Umur anda
  • Jumlah dan terma perlindungan anda
  • Status kesihatan anda
  • Jantina anda
  • Tahap risiko pekerjaan anda
  • Kaedah pembayaran anda
  • Kekerapan pembayaran anda sama ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun
Contoh caruman



Serius Ingin Menunaikan Haji dan Umrah??
Kami sedia membantu menunaikan hasrat anda......



Sekiranya anda mempunyai pertanyaan dan inginkan keterangan lanjut mengenai pelan - pelan PruBSN Takaful atau , sila hubungi saya melalui telefon/emel

DAPATKAN QUOTATION PERCUMA UNTUK PELAN PRUBSN UMMAH
Hubungi Saya Call/SMS HAFIZ 013 5224501
ATAU
KLIK DISINI


http://hafizprudentialtakaful.blogspot.com/p/var-cfjshost-https-document.html


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...