Berikut adalah senarai manfaat yang terdapat di dalam Pelan Takafulink berserta dengan penerangan ringkas.
1- Kematian
Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama
jumlah simpanan yang ada pada tahun itu. Bayaran khairat kematian
sebanyak RM 2,000. Sebab kematian terdiri kematian biasa atau
kemalangan.
2- Lumpuh Kekal Keseluruhan
Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh
penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan
sekali gus. Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa. Pemegang
polisi akan mendapat elaun tahunan (rujuk Elaun Lumpuh)
3- Crisis Shield (Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal)
Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit,
pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus. Kos rawatan akan
ditanggung oleh kad perubatan ( rujuk manfaat medical card)Selepas
didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua
caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang
polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih
terdahulu. Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa
anda perlu mencarum lagi Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan
nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati
semua manfaat yang masih ada.
4- Crisis Cover Income (Elaun Pendapatan tahunan apabila mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal)
Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita
sekiranya kita mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau
meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.
5- Kemalangan (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)
Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh
kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada
bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).
Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di
tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas
jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan
anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%) Jumlah manfaat
adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefitpada
tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan
jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat
tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda
sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan
untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.
6- Accident Medical Reimbursement (Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan)
Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah
yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku,
sekiranya tidak masuk wad. Sekiranya anda mendapatkan rawatan di klinik
biasa pun, anda boleh claim kos rawatan tersebut dengan syarat rawatan
tersebut adalah disebabkan oleh KEMALANGAN, dan
bukannya penyakit. Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos
ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat
kemalangan. Bayaran balik kos rawatan akibat kemalangan dalam manfaat
ini akan membayar balik 100%, tiada dikenakan ko-takaful.
7- Weekly Indemnity (Pampasan Mingguan)
Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable)
akibat kemalangan atau dengan kata lain ‘Elaun Cuti Sakit akibat
kemalangan’. Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian
Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary
Partial Disable @ TPD) 1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi
TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan
melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing
Progress).
8- Takaful Health2 atau HealthEnrich ( Pembiayaan Penuh)
Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel
PruBSN Takaful seluruh Malaysia. Boleh digunakan di dalam dan luar
negara. Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan
dibatalkan.
9- Medical Cover
Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital
Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah. Elaun Hospital (rujuk Manfaat
no-10) Elaun ICU – Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) – Membayar pampasan pembedahan
bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level) Manfaat ini dibayar
berdasarkan unit yang diambil. 1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun
Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) & RM 2,500 setiap procedure
(Elaun Bedah) Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar
keseriusan (severity level) seperti berikut :
Level 1 : RM 125
Level 2 : RM 250
Level 3 : RM 500
Level 4 : RM 750
Level 5 : RM 1,250
Level 6 : RM 1,875
Level 7 : RM 2,500
Elaun Bedah-Maximum RM12,500 setahun
10- Elaun Hospital (Hospital Benefit)
Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien
duduk dalam wad. Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit
bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 4 unit = 4 x RM50 = 200 sehari. Maksimum
unit adalah 8 untuk satu polisi. Sekiranya anda memasukkan Manfaat
Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 9, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 4 unit.
Sebagai contoh, Manfaat Hospital 2 Unit, Manfaat Medical Cover 2 Unit
i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 4 unit. Tidak
tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital
kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital
swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga
boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bill atau resit asal. Bil
hospital akan dibayar melalui Medical Card dan elaun hospital akan
diberikan kepada klien selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa
14 hari bekerja. Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada
mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan
minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam. Hospital – semua jenis
(swasta atau kerajaan)
11- Elaun Lumpuh (Disability Provider)
Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh
Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit
atau kemalangan. Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60
tahun.
12- Khairat Kematian
Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos
pengebumian jenazah. Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien
meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian,
surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut.
13- Premium Percuma (Contributor Benefit)
Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya
klien disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
Sila rujuk senarai penyakit kritikal. Manfaat lain yang berkaitan adalah
: Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor,
Takaful Saver Parent Contributor
14- Pulangan Pelaburan
Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang
pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa
sekali pun dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 4,000.
Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada
prestasi pasaran dan dana yang anda pilih). Sekiranya anda ingin
mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman
tambahan dalam Takaful Saver.